Latar Belakang Felicity Huffman

Permulaan Kehidupan

Felicity Huffman dilahirkan di New York. Ibu bapanya berpisah ketika beliau berusia setahun dan dibesarkan oleh ibunya. Beliau mempunyai enam orang saudara perempuan. Beliau menamatkan pengajian di Interlochen Arts Academy, Michigan. Selepas tamat sekolah tinggi, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti New York dan tamat pada 1988 di Tisch School of the Arts, Bachelor of Fine Arts untuk drama.

Kerjaya

Felicity Huffman dikenali sebagai “Lynette Scavo” menerusi siri TV kegemaran ramai, Desperate Housewives dan filem Transamerica]]. Huffman juga membintangi Sports Night, dan pernah muncul sebagai jemputan menerusi Frasier, The West Wing dan Studio 60 on the Sunset Strip. Huffman juga terbabit dalam filem Raising Helen dan Christmas with the Kranks.

Huffman memenangi Emmy untuk lakonan berkesannya menerusi Desperate Housewives (Primetime Emmy Award for Outstanding Lead Actress - Comedy Series|Outstanding Actress in a Comedy Series), dan juga 2005 Screen Actors Guild Awards (Best Actress - Comedy Series and part of Best Ensemble - Comedy Series). Wataknya sebagai transeksual menerusi filemTransamerica mendapat pujian para pemerhati filem dan dinobatkan sebaga Pelakon Wanita Terbaik oleh Anugerah Golden Globe dan pencalonan oleh Screen Actors Guild Award Anugerah Akademi juga untuk kategori yang sama. Huffman is juga terbabit untuk, A Practical Handbook for the Boyfriend sebagai pengarang bersama.

Peribadi

Huffman mengahwini pelakon William H. Macy, pada September 6, 1997. Beliau juga pernah terbabit sebanyak bebebapa kali bersama suaminya seperti menerusi Sports Night dan filem Magnolia.

Pada 2005, Huffman terbabit dalam anoreksia dan bulimia sekitar awal 20-an. ."

Beliau merupakan peminat Tina Turner dan mengimpikan menjadi penyanyi latar untuk penyanyi berkenaan, maka sewaktu rakaman The Oprah Winfrey Show, Winfrey telah membawa Tina Turner dan mereka berdua berpeluang untuk menyanyi bersama.